Senarai Lapan Pasukan Yang Dijemput Terus Ke Kejohanan Major ESL One Katowice Kini Lengkap

Senarai 8 pasukan yang menerima jemputan terus ke kejohanan major Dota 2 ESl One Katowice kini telah lengkap. Kejohanan ESL One Katowice merupakan sebuah kejohanan bertaraf major dan akan mempersembahkan hadiah sebanyak $1,000,000 dan 1500 mata kelayakan pro circuit.

Lapan pasukan tersebut adalah :

  • Virtus.Pro
  • Mineski
  • NaVi
  • Evil Geniuses
  • Team Liquid
  • Vici Gaming
  • Newbee
  • Team Secret

Kejohanan tersebut diadakan bersempena dengan dengan acara Intel Extreme Masters Expo yang akan berlangsung di Katowice bermula 24 Februari sehingga 4 Mac kelak, ESL dan IEM mengumumkan beberapa buah kejohanan esukan akan diadakan bersama sama dengan eskpo tersebut. Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah Dota 2, Starcraft dan Counter Strike Global Offensive.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.