Mineski dan Newbee, Pasukan Terbaru Batal Penyertaan Kejohanan Galaxy Battles II

Malang bagi kejohanan Galaxy Battles II berterusan sekali lagi apabila dua lagi pasukan, Mineski dan Newbee kini mengumumkan turut sama membatalkan penyertaan mereka pada kejohanan tersebut.

Pada ketika ini, 6 pasukan telah menarik diri dari kejohanan tersebut iaitu Team Liquid, Virtus.Pro, OpTic Gaming, Team Secret, Mineski dan Newbee. Selain daripada itu, terdapat ura ura baki pasukan pasukan yang berasal dari negara China akan turut sama membatalkan penyertaan mereka tidak lama lagi. Namun begitu, ia hanyalah khabar angin dan masih tiada pengumuman rasmi daripada mereka.

Akibat daripada polisi baharu Philipines Games and Amusements Board (Lembaga Sukan dan Permainan Filipina, GAB) yang memerlukan pemain memohon lesen permit dan ujian penyalahgunaan dadah untuk bermain di Filipina, Valve mengumumkan bahawa status major kejohanan tersebut telah ditarik kerana mereka tidak bersetuju dengan keputusan GAB berkenaan.

Tanpa status major dan mata kelayakan DPC, tidak pelik bagi pasukan pasukan menarik diri dari kejohanan tersebut kerana mereka sudah tentu akan lebih mementingkan mata kelayakan kerana ia menentukan sama ada mereka akan menerima jemputan ke kejohanan The International atau tidak.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.