Liga Overwatch Catat Lebih 10 Juta Penonton Pada Minggu Pertama

Minggu pertama Liga Overwatch berlangsung meriah dan berjaya mengumpul lebih 10 juta penonton dari seluruh dunia. Liga yang dinanti nantikan oleh pemain dan peminat permainan Overwatch itu bermula garang dengan mencatat lebih 415,000 penonton pada hari pertama ia berlangsung.


Minggu pertama yang berlangsung selama empat hari itu disiarkan menerusi laman Twitch, MLG, ZhanQi TV, NetEase CC, Panda TV dan laman web rasmi Liga Overwatch. Pete Vlastelica, CEO MLG berkata bahawa mereka teruja dengan sambutan hangat ini namun ini hanyalah permulaan. Beliau juga yakin bahawa Liga Overwatch berpontensi untuk menjadi liga paling banyak ditonton di seluruh dunia.

Baca : Segalanya tentang musim pertama Liga Overwatch.

Blizzard sendiri fokus memberikan pengalaman menonton terbaik bagi peminat seluruh dunia dengan menyediakan 4 bahasa ulasan rasmi strim iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa China, Korea dan Perancis.

Musim utama Liga Overwatch akan berlangsung di Blizzard Arena, Los Angeles sehingga Jun ini sebelum beralih ke pasca musim bagi menentukan juara keseluruhan liga pada bulan Julai.

Dikuasakan oleh Blogger.