Gergasi Internet Rusia Mail.ru Ambil Alih Organisasi E-sukan ESforce Yang Memiliki SK Gaming, Virtus.Pro Dan Lain Lain.

Salah satu organisasi e-sukan terbesar di dunia, ESforce Holding di umumkan telah diambil alih oleh syarikat gergasi internet dari Rusia iaitu Mail.ru dengan nilai sebesar USD150 juta (~RM589 Juta).

Organisasi yang berpengkalan di Rusia itu merupakan ibu syarikat yang memiliki pegangan dalam beberapa pasukan e-sukan ternama di dunia seperti Virtus.Pro, SK Gaming, penganjur acara e-sukan Epic Esports Event (Epicenter) dan syarikat e-sukan lainnya seperti Dota 2 Lounge, Yota Arena, Cybersport dan RuHub.

Mail.ru pula merupakan sebuah syarikat gergasi internet yang bermula dengan servis email  namun kini memiliki beberapa laman web popular seperti laman web media sosial VKontakte, Odnoklassniki, Ok.ru dan Moi Mir.


Sumber : ESPN

Dikuasakan oleh Blogger.