Facebook Tandatangani Hak Penyiaran Eksklusif Bagi ESL One Dan CS:GO Pro League

ESL mengumumkan bahawa mereka dan syarikat laman media sosial ternama, Facebook telah menandatangani perjanjian untuk menjadikan Facebook sebagai platform penyiaran utama dan eksklusif bagi kejohanan anjuran ESL iaitu CS:GO Pro League dan ESL One yang meliputi permainan Dota 2 dan CS:GO.

Menurut ESL, antara komponen utama yang menjadikan projek ini menjadi kenyataan adalah pengenalan Facebook Watch. Dengan Facebook Watch, Facebook telah memperkenalkan platform berstruktur bagi pengedaran video,  mengimplimentasikan penambahbaikan teknologi seperti penstriman dalam kualiti 1080p/60fps dan teknologi Realiti Maya atau VR (Virtual Realiti).

Penstriman rasmi kejohanan kejohanan ini akan disediakan dengan dua bahasa ulasan utama iaitu Bahasa Inggeris dan Portugis. Namun begitu, beberapa pilihan bahasa lain juga akan disediakan. Kejohanan pertama yang akan disiarkan menerusi perjanjian ini adalah kejohanan Dota 2 ESL One Genting yang akan bermula pada 23 Januari ini diikuti dengan CS:GO Pro League pada 13 Februari kelak.

Sumber : ESL

Dikuasakan oleh Blogger.