ESL Mohon Maaf Secara Rasmi - Akui Pendekatan Mereka Tangani Isu ESL One Genting Silap

Kejohanan ESL One Genting berakhir pada hari Ahad laluu dengan menyaksikan pasukan Newbee menjuarai kejohanan tersebut menewaskan pasukan Liquid. Walapun berjalan dengan lancar, kejohanan tersebut dilanda kontroversi akibat daripada keputusan penganjur menggunakan laman Facebook Live secara eksklusif bagi menyiarkan kejohanan tersebut.

Kini, ESL tampil memohon maaf secara rasmi mengakui kesilapan mereka dalam menangani isu berkenaan. ESL mengakui cara mereka membalas respon komuniti adalah tidak betul dan mereka tidak akan mempertahankan tindakan mereka sebelum ini.

ESL menegaskan bahawa tujuan utama mereka masih kekal sama semenjak daripada syarikat tersebut ditubuuhkan iaiatu untuk membantu membangunkan industri e-sukan. Bagi mencapai tujuan tersebut, kerjasama diantara syarikat pihak ketiga adalah penting bagi membawa industri ini ke arus perdana.

Namun begitu, ESL mengakui bahawa pendekatan mereka kali ini adalah sebuah kesilapan kritikal dan nerjanji akan mengkajinya semula pada masa akan datang. ESL juga menegaskan bahawa mereka akan sentiasa mendengar maklmbalas komuniti bagi memperbaiki sebarang kesilapan mereka selama ini.

Dikuasakan oleh Blogger.