Cloud9 Peroleh Gelaran Juara Major Pertama Menewaskan Pasukan FaZe Clan di Boston

Sengit. Itulah yang terjadi pada perlawanan akhir kejohanan ELEAGUE Major : Boston 2018. Persaingan tradisional antara benua Eropah dan Amerika Utara itu memperlihatkan pasukan FaZe Clan dan Cloud9 bertembung bagi mencari kejuaraan Major pertama mereka.

Namun begitu gelaran juara menjadi milik pasukan Cloud9 yang pada mulanya hampir tersingkir di pusingan kumpulan, namun bangkit dan malah menewaskan pasukan CSGO yang boleh dikatakan terbaik pada ketika ini iaitu SK Gaming sebelum mara ke perlawanan akhir kejohanan.

Selain daripada gelaran juara major pertama mereka, Cloud9 juga membawa pulang wang hadiah sebesar USD500,000 (~RM1.9 Juta). Pasukan FaZe Clan pula membawa pulang hadiah wang sebanyak USD150,000 (~RM580,000) sebagai naib juara kejohanan. Kedua dua pasukan juga menerima gelaran 'Legend' dimana mereka menerima jemputan terus untuk bertanding pada kejohanan major seterusnya.

Selain daripada dua buah pasukan ini, 6 lagi pasukan turut sama menerima gelaran 'Legend' dan menerima jemputan terus ke kejohanan major seterusnya selepas menamatkan kejohanan ini  pada kedudukan 8 terbaik keseluruhan iaitu pasukan Natus Vincere, SK Gaming, Mousesports, Quantum Bellator Fire,  G2 Esports dan Fnatic.


Dikuasakan oleh Blogger.