Chuan Kini Kembali - Sertai Echo International Bersama Dengan Forev dan Ana

Wong "ChuaN" Hock Chuan, satu satunya pemain Dota 2 dari Malaysia yang pernah menjulang Aegis of Champions kini disahkan kembali ke dunia kompetitif Dota 2 dengan menyertai pasukan Echo International.

Pasukan tersebut dibarisi oleh beberapa nama besar seperti Lee "Forev" Sang-don, Anathan "ana" Pham, Martin "Saksa" Sazdov dan Greg "Keyser" Kallianiotis. Pasukan ini akan bermain di rantau Asia Tenggara dan telah mulai bermain dengan menyertai pusingan kelayakan kejohanan DAC.

Dengan adanya Forev didalam pasukan itu, Echo International mempunyai 30 mata kelayakan DPC pada ketika ini. Diharap dengan adanya beberapa nama besar di dalam pasukan ini, ia akan memberikan cabaran terhadap pasukan pasukan lain di Asia Tenggara. 

Echo International 

  • Wong "ChuaN" Hock Chuan
  • Lee "Forev" Sang-don
  • Anathan "ana" Pham
  • Martin "Saksa" Sazdov
  •  Greg "Keyser" Kallianiotis


Dikuasakan oleh Blogger.