Bekas Pemain WarriorGaming.Unity, xNova- Sertai Skuad Serba Baharu LGD Gaming

Pada pertengahan bulan Disember lalu, LGD Gaming telah mengumumkan bahawa mereka akan melakukan perubahan pada pasukan Dota 2 mereka dengan mengadakan sesi percubaan pemain baru. Antara nama yang dikatakan terlibat di dalam sesi percubaan tersebut adalah Moonmeander (Planet Odd, OG, Digital Chaos), Adam (343 - Jurulatih Fnatic), xNova (WG) dan XinQ (FTD).

Kini, menerusi laman Weibo mereka, tempoh percubaan itu nampaknya telah selesai dengan LGD Gaming mengumumkan barisan pemain baharu untuk pasukan itu.

Ame yang dilepaskan pada awal sesi percubaan lalu telah kembali pada skuad baharu yang akan diketuai oleh fy ini. Sementara itu, bekas pemain WarriorGaming.Unity dari Malaysia, Xnova dilihat telah berjaya melepasi tempoh percubaan bersama LGD Gaming dan bakal bermain untuk pasukan itu.

LGD Gaming Dota 2 :

  • Wang Chunyu (Ame)
  • Lu Yao (Somnus丶M)
  • Yang Shenyi (Chalice)
  • Xu Linsen (fy) 
  • Yap Jian Wei (xNova)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.