WarriorGaming.Unity Bubar - Velo Sertai Clutch Gamers, Xnova Sebagai Pemain Gantian Sementara

Pasukan yang berpengkalan di Malaysia, WarriorGaming.Unity hari ini disahkan telah dibubarkan setelah tamatnya kejohanan ROG Masters 2017. Pasukan itu menamatkan kejohanan tersebut pada pusingan semifinal apabila tewas kepada pasukan Empire.

Pasukan tersebut dibarisi oleh bekas pemain Fnatic, Meracle, bekas pemain Complexity, Ferro dan Velo, Afromoush dan Xnova. Pada ketika ini, hanya Velo yang telah mengesahkan bahawa beliau akan menyertai pasukan Clutch Gamers manakala pemain selebihnya masih tidak berkongsikan perancangan mereka selepas ini. 

Namun begitu, Xnova akan turut sama menyertai Clutch Gamers sebagai pemain gantian sementara waktu untuk pusingan kelayakan kejohanan ESL One Genting.

Clutch Gamers :

  • Chappie
  • Armel
  • Velo
  • Xnova (Pemain Gantian) 
  • FLYSOLO

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.