Virtus.Pro, Liquid, Mineski dan Newbee - Empat Pasukan Pertama Dijemput Ke ESL One Genting

ESL One Genting, kejohanan Dota 2 bertaraf minor pertama yang akan dianjurkan di Malaysia, telah mengumumkan empat pasukan pertama yang telah menerima jemputan terus ke kejohanan tersebut.

Empat pasukan pertama tersebt adalah pemenang kejohanan Major ESL One Hamburg, Virtus Pro, dan tiga pemenang kejohanan Minor, PGL Open Bucharest, AMD Dotapit dan Perfect World Masters iaitu Mineski, Team Liquid dan Newbee.

ESL turut sama menyatakan kemungkinan sebuah pasukan kedua dari Asia Tenggara mungkin akan menerima jemputan terus ke kejohanan tersebut. ESL One Genting akan mempertandingkan 16 pasukan terbaik di dunia bagi merebut hadiah berjumlah US$400,000 (~RM1.6 Juta) dan 400 mata kelayakan. ESL One Genting akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland yang mampu memuatkan 6000 orang pengunjung pada 26 sehingga 28 Januari 2018.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.