Vainglory 2.11 - Peta Musim Sejuk, Varya - Hero Baharu, Skin Percuma, Tiket Emas

Pada kemaskini 2.11 ini, Vainglory telah memperkenalkan sebuah hero baharu, Varya, seorang ahli sihir dengan abiliti berasaskan petir. Bersama sama dengan hero tersebut, Vainglory juga telah menambah sebuah mod permainan bermusim baharu yang dinamakan sebagai Onslaught.

Vainglory juga secara rasminya memperkenalkan Golden Ticket, tiket khas yang membolehkan seseorang pemain itu menyertai program akses awal  mod permainan 5 lawan 5. Tiket emas ini boleh didapati dengan tiga cara iaitu melalui laman pradaftar 5 lawan 5 dimana pemain akan dipilih secara rawak, melalui peratusan kecil selepas melengkapkan quest mulai 17 Disember ini dan melalui pembelian peti khas Krismas yang turut sama menawarkan peratusan kecil untuk memperoleh tiket tersebut.

Seperti mana musim sejuk sebelum ini, Vainglory jga telah mengemaskini peta permainan dengan tema salji bagi meraikannya. Sebuah skin percuma khas juga boleh didapati jika pemain mengikuti langkah langkah yang telah ditetapkan oleh SEMC iaitu dengan menonton kejohanan Worlds melalui aplikasi Vainglory.

Dan seperti kebiasaanya, kemaskini ini juga memperenalkan beberapa skin  baharu dan kemaskini penstabilan bagi membolehkan strategi dan corak permainan baharu diwujudkan dan menjadikan permainan lebih menarik. Nota lengkap mengenai perubahan kestabilan ini boleh dibaca dilaman rasmi Vainglory.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.