Tribe Gaming Adalah Juara Kejohanan Vainglory Worlds 2017

Bermula dengan status Challenger, Tribe Gaming mempamerkan tahun yang menakjubkan apabila mengakhiri musim dan tahun ini sebagai juara Vainglory Worlds 2017.

Pasukan dari Amerika Utara tersebut menewaskan pasukan pasukan Ace Gaming dari Korea Selatan dengan keputusan 4-1. Kejohanan Vainglory Worlds yang berlangsung di Kallang Theatre, Singapura ini juga telah memperkenalkan mod permainan 5 lawan 5 secara rasminya.

SEMC telah memperlihatkan perlawanan persembahan rasmi pada peta 5 lawan 5, Sovereign’s Rise diantara pasukan dari Asia Tenggara dan Amerika Utara. Mod permainan 5 lawan 5 tersebut akan tiba kepada umum pada bulan Februari kelak untuk kemaskini VAinglory 3.0.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.