Team Secret - Juara Kejohanan Major ROG DreamLeague Musim Ke-8

Kejohanan major kedua di dalam siri Dota 2 Pro Circuit (DPC), ROG DreamLeague Musim Ke-8 berakhir dengan pasukan Secret menjulang piala kejohanan selepas menewaskan pasukan Liquid. Ini merupakan kejuaraan pertama pasukan Secret selepas menjuarai kejohanan Shanghai Major pada tahun 2016 lalu.

Pada perlawanan akhir itu, pasukan Secret memperlihatkan kerjasama dan sinergi yang amat baik diantara rakan sepasukan didalam setiap pertarungan yang terjadi. Walaubagaimanapun, juara The International 2017, Liquid tidak mudah mengalah dan memberikan tentangan sengit pada perlawanan pertama dan kedua.

Namun begitu, Liquid tidak mampu mengekang prestasi hebat pasukan Secret dan tewas kedua dua perlawanan tersebut. Pada perlawanan ketiga pula, Liquid seperti kehilangan punca apabila kali ini gagal memberikan sebarang tentangan hebat seperti sebelumnya. Pasukan Secret dengan mudah memenangi perlawanan tersebut sekaligus menjuarai kejohanan major tersebut.

Sebagai juara, pasukan Secret akan membawa pulang hadiah sebesar $500,000 (~RM2 Juta) dan 750 mata kelayakan DPC. Pasukan Secret kini berada di tangga teratas papan pendahulu DPC dengan 3690 mata. Pasukan Liquid pula mengejar di tempat kedua dengan mata terkumpul sebanyak 2700.

Team Secret :

  • Marcus "ACE" Hoelgaard
  • Yeik "Midone"  Nai Zheng
  • Adrian "Fata" Trinks
  • Yazied "YapzOr" Jaradat
  • Clement "Puppey" Ivanov


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.