Team Secret dan Evil Geniuses - Dua Lagi Pasukan Yang Dijemput Ke ESL One Genting

Juara Kejohanan Major ROG Dreamhack, Team Secret dan pemenang tempt ketiga, Evil Geniuses menjadi pasukan kelima dan keenam menerima jemputan terus ke kejohanan ESL One Genting, kejohanan Dota 2 bertaraf minor pertama yang akan dianjurkan di Malaysia.

Kedua dua pasukan tersebut akan menyertai Virtus Pro, Mineski, Team Liquid dan Newbee yang telah menerima jemputan terus pada hujung minggu lalu.

ESL One Genting akan mempertandingkan 16 pasukan terbaik di dunia bagi merebut hadiah berjumlah US$400,000 (~RM1.6 Juta) dan 400 mata kelayakan. ESL One Genting akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland yang mampu memuatkan 6000 orang pengunjung pada 26 sehingga 28 Januari 2018.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.