Starladder Umum Kejohanan PUBG Dengan Hadiah Sebesar RM400,000

Permainan yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi untuk platform PC, PlayerUnknown's Battlegrounds bakal memperoleh sebuah lagi kejohanan besar apabila Starladder mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan StarSeries i-League PUBG pada bulan Mac 2018 kelak.

Kejohanan tersebut akan menawarkan hadiah keseluruhan sebesar $100,000 (~RM400,000) dan akan diadakan di Kiev Cybersports Arena, Ukrain pada 1 sehingga 4 Mac 2018.

Kejohanan ini akan mempertandingkan mod berpasukan sahaja melibatkan 16 pasukan terbaik dari serata dunia. Empat slot akan diberikan kepada pasukan dari rantau Amerika Utara, tiga kepada pasukan China dan Eropah, dua dari rantau CIS dan satu bagi setiap rantau berikut, Amerika Selatan, Asia Tenggara dan Oceania.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.