Sado Mengeluarkan Kenyataan Permohonan Maaf Secara Rasmi Kepada Peminat dan Komuniti Overtwatch

Selepas dihukum gantung 30 perlawanan kerana terlibat didalam aktiviti "Account Boosting", pemain bagi pasukan Philadelphia Fusion, Su-Min “Sado” Kim telah mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada para peminat dan komuniti Overwatch.

Menerusi kenyataan tersebut, Sado menyatakan bahawa semasa belaiu melakukan aktiviti tersebut, beliau merasakan bahawa beliau tidak mempunyai peluang di dalam arena kompetitif profesional Overwatch. Dalam pada masa yang sama, beliau baru sahaja berhenti daripada persekolahan dan mempunyai masalah kewangan. 

Akibat daripada itu, beliau melibatkan diri di dalam aktiviti tersebut bagi membantu diri dan keluarganya daripada masalah kewangan. Walaubagaimanapun, beliau sedar bahawa tindakan tersebut salah dan menyesal melibatkan diri beliau.

Sado berjanji bahawa dia sudah berubah dan akan bekerja keras membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemain yang baik  dan berdedikasi. Beliau berharap agar para peminat dan komuniti akan mampu melihat usaha beliau ini dan memaafkan beliau sebelum berakhirnya musim pertama Liga Overwatch.


Sumber : Philadelphia Fusion

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.