Riot Mungkin Akan Menghasilkan Permainan Mandiri Berasaskan Karakter LOL Teemo

Sebuah permainan PC berasaskan karakter League of Legends, Teemo mungkin akan dibangunkan oleh Riot. Menurut tweet oleh Daniel Ahmad, sebuah permainan dengan tajuk Teemo's Adventure (提莫历险记) sudah menerima kelulusan untuk dijual di pasaran China.

Sumber : Daniel Ahmad

Menurut senarai daripada China Audio And Video And Numeral Publishing Association itu, permohonan tersebut dihantar oleh Riot Games Inc, pembangun kepada permainan Moba popular, League of Legends.

Riot pada ketika ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan permohonan tersebut. Sama ada permainan tersebut sedang diabngunkan ata hanyalah perancangan sahaja masih menjadi tanda tanya semua pihak.

Namun begitu, permohonan ini memberikan harapan bahawa Riot mungkin akan menghasilkan permainan baharu bagi meluaskan lagi alam semesta League of Legends.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.