Pemain Pasukan Liga Overwatch Philadelphia Fusion, Sado Dihukum Gantung 30 Perlawanan

Walaupun Liga  Overwatch belum bermula secara rasminya, seorang pemain telah pun dihukum dan digantung perlawanan.  Su-Min “Sado” Kim, pemain bagi pasukan Philadelphia Fusion yang dimiliki oleh Comcast Spectacor telah dihukum gantung bagi pramusim dan 30 perlawanan musim utama.

Hukuman ini diberikan selepas belia didapati bersalah terlibat di dalam aktiviti "account-boosting" dimana seseorang itu dibayar untuk meningkatkan taraf atau rating skill sesebuah akaun. Walaupun dilakukan sebelum beliau menyertai Liga Overwatch, aktiviti ini adalah bertentangan dengan peraturan "Blizzard End User License Agreement" menyebabkan beliau tetap dihukum.

Philadelphia Fusion menerusi akaun Twitter mereka telah memohon maaf secara rasmi namun akan terus menyokong Sado dan percaya bahawa kesilapan masa lalu ini bukanlah penentu karekter seseorang itu.


Sumber : Liga Overwatch

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.