Pemain Kuala Lumpur Hunters, Wicked Digantung Selepas Terlibat Di Dalam Aktiviti Boosting

Pemain bagi posisi Jungler untuk pasukan Kuala Lumpur HuntersNg ‘Wicked’ Chee Chuen telah ditangkap menyertai aktiviti perkongsian akaun untuk melakukan elo boosting. Walaubagaimanapun, beliau disahkan melakukan aktiviti ini bukan untuk mencari sebarang imbuhan kewangan.

Akibat daripada itu, beliau akan digantung daripada sebarang pertandingan yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Riot atau Garena sehingga penghujung musim bunga 2018. Pergantungan tersebut hanya boleh di semak semula dan ditariksemula selepas Mid-Season Invitationals (MSI) 2018.

Kuala Lumpur Hunters menyatakan bahawa Wicked akan kekal bersama pasukan tersebut. Walaubagaimanapun, nama beliau tidak akan disenaraikan didalam pasukan itu sehingga hukuman beliau selesai.


Sumber : Garena - League of Legends

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.