Malaysia Cyber Games Kembali - Akan Dianjurkan Pada Awal Tahun 2018 Ini Melibatkan Lebih 7 Buah Judul Permainan

Pada tahun 2015 lalu, Suara Anak Muda 1Malaysia dan Tune Advertising telah berjaya menganjurkan acara Malaysia Cyber Games buat julung kalinya. Kini, menerusi sebuah post di laman Facebook MCG, mereka memaklumkan bahawa acara MCG tersebut akan kembali lagi dianjurkan pada awal tahun 2018 ini.

Namun begitu, tidak banyak info didedahkan pada ketika ini melainkan ia akan menyertakan lebih daripada 7 buah judul permainan pada penganjran kali ini. Ini adalah lebih banyak berbanding dengan acara pada tahun 2015 yang hanya mempertandingkan empat buah permainan iaitu Dota 2, CS:GO,  FIFA 16 dan Super Street Fighter IV Ultra.

Penganjuran pada tahun 2015 itu juga telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan dan menerima sokongan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), MDEC, MCMC, TM dan Astro. Acara tersebut turut menerima anugerah Malaysia Book of Records selepas disertai oleh lebih 792 buah pasukan menjadikan ia sebagai acara Dota 2 Atas-talian paling banyak disertai di Malaysia.

Dengan wang hadiah terkumpul sebesar RM300,000, acara Malaysia Cyber Games merupakan antara acara e-sukan terbesar pernah dianjurkan di Malaysia. Dengan kembalinya acara tersebut tidak lama lagi, diharap agar arena e-sukan negara kita semakin membangun dengan jayanya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.