Malaysia Cyber Games 2018 - RM300,000, 9 Buah Permainan Termasuk Dota 2, PUBG dan Mobile Legends

Lebih banyak info mengenai acara Malaysia Cyber Games 2018 nampaknya mulai hadir. Menerusi sebuah gambar yang dimuat-naik oleh Joy Rezal di Instagram, beberapa info terbaru dilihat disertakan bagi penganjuran MCG kali kedua ini.

Seperti mana yang dikhabarkan sebelum ini, acara ini akan diadakan pada awal tahun 2018 iaitu pada 13 sehingga 14  Januari ini bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC). Acara kali ini akan menawarkan hadiah sebesar RM300,000 dan dilihat bakal melibatkan 9 buah permainan iaitu CS:GO, Dota 2, FIFA18, Injustice 2, Street Fighter V, F1 2017, PlayerUnknown's Battlegrounds dan Mobile Legends.

Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, sila layari laman web rasmi MCG2018 untuk mendaftar pasukan anda secepat mungkin kerana tempat adalah terhad.

Daftar : Malaysia Cyber Games 2018

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.