LOL : Kejohanan Worlds 2017 Catat Jumlah Tontonan Kemuncak Melebihi 80 Juta Penonton

League of Legends hari ini mendedahkan beberapa statistik menarik mengenai permainan tersebut sepanjang tahun 2017. Pada tahun 2017, lebih 545 pemain profesional telah terlibat di dalam dunia kompetitif permainan tersebut mewakili 109 buah pasukan.

Bagi aspek permainan pula, antara statistik menarik adalah jumlah kill tertinggi dalam sesebuah perlawanan iaitu sebanyak 79 kill di dalam perlawanan kedua antara pasukan Splyce dan Vitality pada minggu ke-10 musim panas.

Bagi kejohanan Worlds pula, Legauue of Legends berjaya mencapai jumlah tontonan kemuncak melebihi 80 juta orang penonton unik semasa perlawanan semifinal antara pasukan SK Telecom T1 dan RNG. Bagi perlawanan akhir antara SKT dan Samsung Galaxy pula, jumlah tontonan yang berjaya direkodkan adalah sebanyak leih 57 juta penonton unik.

Sepanjang kejohanan Worlds 2017 berlangsung, sebanyak 1.2 bilion jam masa tontonan telah dicatatkan. Bagi anda yang berminat untuk membaca statistik lengkap  Leage of Legends sepanjang tahun 2017, anda boleh melayari laman web tersebut di pautan ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.