LGD Gaming Umum Perubahan Pemain - Akan Adakan Tempoh Percubaan Pemain Baharu

Menerusi laman Weibo mereka, LGD Gaming hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melakukan perubahan pada pasukan Dota 2 mereka dan akan mulai mengambil beberapa orang pemain untuk sesi percubaan.

Pada ketika ini, pasukan itu akan memasuki pusingan kelayakan kejohanan Galaxy Battle dengan 2 orang pemain baharu iaitu Sea Mew daripada pasukan CDEC dan Chalice daripada pasukan Max. Kedua dua mereka akan mengantikan Ame dan Victoria. Ame telah disahkan akan meninggalkan organisasi tersebut manakala Victoria akan kekal dibawah organisasi LGD dan akan bermain untuk pasukan CDEC.

Walaubagaimanapun, barisan pemain ini masih tidak tetap kerana pasukan itu masih berada di dalam tempoh percubaan. Menariknya, beberapa orang pemain lain termasuk dari rantau barat turut sama tersenarai didalam senarai pemain cubaan. Antara pemain pemain tersebut adalah Moonmeander (Planet Odd, OG, Digital Chaos), Adam (343 - Jurulatih Fnatic), xNova (WG) dan XinQ (FTD).

Perubahan ini dikatakan akibat daripada prestasi buruk pasukan tersebut sejak kebelakangan ini, dan masalah antara pemain dan pasukan pengurusan. LGD Gamign baru baru ini menamatkan kejohanan Dota Summit 8 di tempat terakhir tanpa memenangi walau satu perlawanan.

Sumber : Reddit /r/Dota2


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.