Jepun Akan Berikan Lesen Khas Kepada Pemain E-sukan Profesional - Atasi Undang Undang Ketat Negara Tersebut

Jepun, sebuah negara yang mempunyai industri permainan antara yang terbesar di dunia. Dengan pelbagai syarikat pengeluar permainan dan perkakasan ternama berasal di negara tersebut, Jepun mempunyai industri permainan yang bernilai lebih daripada 13 billion USD.

Walaubagaimanapun, negara tersebut tidak mempunyai industri esukan sebesar negara negara lain di dunia. Permainan video dan esukan adalah dua industri yang saling berhubung. Namun bagitu, peraturan dan undang undang di negara Jepun menjadikan perkembangan industri esukan di negara tersebut membangun dengan kadar yang amat perlahan.

Undang undang perjudian yang ketat menjadikan pertandingan pertandingan esukan sukar untuk diadakan di negara tersebut. Hal ini dikatakan berpunca daripada penglibatan kumpulan Yakuza pada tahun 1980-an yang menggunakan permainan video poker untuk mencari wang.

Akibat daripada itu, Jepun telah menetapkan beberapa undang undang yang ketat terhadap pertandingan permainan video seperti menetapkan jumlah maksimum hadiah kepada 100,000 Yen, menghalang penganjur daripada mengumpul wang hadiah daripada yuran penyertaan mahupun sumber-umum seperti mana yang dilakukan oleh Valve untuk hadiah kejohanan Dota 2 The International.

Kini, bermula daripada tahun 2018, Jepun akam mulai memberikan lesen khas kepada atlet esukan profesional bagi mengatasi undang undang ketat ini. Dengan adanya lesen ini, undang undang sedia ada ini hanya akan dikuatkuasakan kepada rakyat jelata dan membuka jalan kepada perkembangan industri esukan di negara tersebut.

Pemberian lesen kepada bukanlah perkara yang asing lagi, Filipina juga telah memberikan lesen khas kepada pemain permainan video mereka begi mengiktiraf mereka sebagai pemain dan atlet profesional. Pemberian lesen ini juga akan memudahkan proses pemberian visa untuk mereka bertanding pada peringkat antarabangsa.


Sumber foto : Helo Hotsuma

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.