Fnatic Dan Vici Gaming Lengkapkan Senarai Pasukan Jemputan Kejohanan Minor ESL One Genting

Senarai lapan pasukan yang dijemput terus ke kejohanan Minor ESL One Genting kini lengkap dengan pengumuman dua pasukan terakhir iaitu pasukan Vici Gaming dan Fnatic.

Kedua dua pasukan melengkapkan 6 lagi pasukan yang telah menerima jemputan terus iaitu pasukan Evil Geniuses, Team Secret, Virtus Pro, Mineski, Team Liquid dan Newbee. 

ESL One Genting merupakan sebuah kejohanan Dota 2 bertaraf minor yang mempertaruhkan hadiah berjumlah US$400,000 (~RM1.6 Juta) dan 400 mata kelayakan. ESL One Genting akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland yang mampu memuatkan 6000 orang pengunjung pada 26 sehingga 28 Januari 2018.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.