Capcom Hasilkan Kurier Amaterasu Dari Okami HD Untuk Permainan Dota 2

Bersempena dengan pelancaran permainan Okami HD pada 12 Disember ini, Capcom telah menghasilkan sebuah kurier khas dari karekter Amaterasu untuk permainan Dota 2. 

Pada ketika ini, kurier tersebut masih berada pada workshop Dota 2 dan hanya akan dimasukkan kedalam permainan Dota 2 sekiranya ia diterima oleh Valve. 

Okami HD merupakan permainan dengan rekaan stail dakwat Sumi-e. Ia mengisahkan tentang Amaterasu, tuhan matahari rakyat jepun yang mengambil bentuk serigala putih. Amaterasu sedang berada di dalam pengembaraan untuk menewaskan Orochi, hantu dan raksasa yang menyebabkan kemusnah di serata Jepun.



Sumber : Dota 2 Workshop

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.