Asus Rog Masters - Empire Juarai Dota 2, Gambit Kuasai CS:GO

Team Empire muncul juara kejohanan Dota 2, Asus Rog Masters selepas menewaskan pasukan OpTic Gaming dengan keputusan 3-2 di perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Sebagai juara, pasukan Empire akan membawa pulang hadiah sebesar $117,500 dan trofi kejohanan. Asus Rog Masters yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center ini merupakan sebuah kejohanan yang melibatkan dua buah permainan esukan popular iaitu Dota 2 dan CSGO. 

Bagi permainan CSGO, juara kejohanan dimiliki oleh pasukan Gambit Esports yang menewaskan pasukan Tyloo Gaming dengan keputusan bersih 3 berbalas 0. Sebagai juara, Gambit Esports akan turut sama membawa plang trofi kejohanan dan wang sebanyak $117,500.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.