Valve Arah Mars Media Jemput Ehome Ke MDL Macau - Atasi Pengantungan Oleh ACE

Sumber Foto : Ehome

Valve semalam telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka telah mengarahkan Mars Media, penganjur kepada kejohanan Mars Dota 2 League Macau untuk menjemput pasukan Ehome menyertai kejohanan tersebut.

Valve berkata bahawa Ehome telah dikecualikan secara tidak adil daripada menyertai pusingan kelayakan kejohanan tersebut. Keputusan mengecualikan Ehome daripada kejohanan ini dikatakan diambil atas arahan daripada ACE (The Association for Chinese eSports) yang telah mengantung bekas pemain pemain Wings Gaming daripada menyertai sebarang kejohanan di bawah penguasaan mereka.

Akibat daripada pelanggaran kontrak, bekas pemain Wings Gaming yang menjuarai The International 2016 telah digantung oleh ACE. Dua daripada pemain tersebut, Faith Bian dan y' kini bermain untuk pasukan Ehome. Keputusan ACE mengantung bekas juara TI6 ini mendapat bantahan ramai personaliti Dota 2 yang merasakan keputusan yang diambil ini adalah tidak adil bagi pihak pemain dan lebih menyebelahi kepada pemilik organisasi.

Keputusan Valve untuk mencampuri hal ini menunjukkan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pengantungan oleh ACE dan pada masa yang sama mengesahkan para peminat bahawa Valve adalah satu satunya pihak yang mempunyai kata akhir dalam kesemua perkara yang melibatkan permainan Dota 2.

Valve turut sama menyatakan perlakuan seperti ini adalah melanggar perjanjian dan kontrak diantara penganjur dan Valve. Mars Media telah mengesahkan hal ini menerusi laman Facebook mereka dan meminta maaf secara rasmi kepada Ehome dan komuniti Dota 2.




Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.