Vainglory Memperkenalkan Onslaught - Mod Permainan Memfokuskan Kepada Pertarungan Berkumpulan Tanpa Henti

Pada kemaskini 2.11  akan datang, Vainglory sekali lagi akan menambah sebuah mod permainan baharu iaitu Onslaught. Seperti mana Blitz dan Battle Royale, Onslaught juga merupakan sebuah permainan di bawah mod Brawl iaitu permainan permainan untuk durasi masa pendek.

Namun begitu, berbeza dengan Blitz dan Battle Royale, permainan Onslaught memfokuskan kepada pertarungan berkumpulan tanpa henti. Permainan ini dibahagikan kepada 5 siri perlawanan dimana selepas setiap siri, permainan akan menjadi lebih sengit.

Permainan dimulakan dengan para pemain memilih talent dan membeli item. Talent yang telah dipilih tidak akan boleh digunakan semula pada siri perlawanan seterusnya. Emas yang terkumpul pula boleh digunakan atau disimpan untuk perlawanan seterusnya.

Perlawanan kemudiannya akan dimulakan dengan pemain akan dihantar ke tengah peta perlawanan. Peta perlawanan akan mengecil mengikut jangka masa memaksa pemain untuk sentiasa bertarung. Pemain yang berada diluar kawasan peta akan menerima kecederaan yang tinggi. Pemain yang mati pada sesebuah perlawanan tidak akan hidup semula sehingga perlawanan seterusnya.

Mod permainan ini akan tiba pada kemaskini 2.11 bersama sama sebuha hero wanita baharu. Mod permainan ini juga merupakan sebuah mod permainan bermusim iaitu hanya boleh dimainkan pada musim sejuk kali ini.

Sumber : Vainglory

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.