Tencent Sah Jadi Rakan Kerjasama Dan Pengendali Permainan PUBG Di China

Tencent hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menjadi rakan kerjasama dan pengendali permainan PlayerUnknown's Battlegrounds di China. Melalui kerjasama rasmi bersama syarikat pembangun PUBG, Bluehole, pelayan rasmi permainan itu akan ditambah di China bagi menampung jumlah pemain permainan itu di China.

Pihak Tencent turut sama menekankan bahawa mereka akan memastikan bahawa permainan tersebut mematuhi peraturan dan kawalan dari kerajaan negara China. Tencent juga akan memfokuskan kepada usaha untuk mengantung pemain yang didapati menggunakan aplikasi penipuan semasa bermain.

Sejak kebelakangan ini, jumlah pemain yang yang tinggi dari negara China turut sama membawa masalah limpahan pemain yang menggunakan aplikasi penipuan.Dengan adanya pihak Tencent selepas ini, masalah ini mungkin akan dapat dikurangkan dengan lebih pantas dan berkesan.

Dengan lebih 21 juta salinan terjual, permainan sensasi PUBG ini telah memecahkan beberapa rekod dunia dan baru baru ini menerima 7 rekod dunia Guiness mengiktiraf permainan tersebut.

Sumber : ZhugeEX

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.