SKT T1 Umum Tidak Akan Menyambung Kontrak Peanut dan Sky

Naib juara Worlds 2017, SK Telecom T1 telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyambung kontrak dua orang pemain mereka iaitu peman posisi jungle, Han "Peanut" Wang-ho dan pemain posisi mid, Kim "Sky" Ha-neul.

Walaupun berjaya membantu pasukan itu untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir kejohanan Worlds 2017, corak permainan Peanut adalah terlalu agresif sekaligus menyebabkan dia kurang sesuai untuk bermain dengan SKT yang lebih menumpukan kepada corak permainan stabil.

SKT T1 bagaimanapun tidak mengumumkan sebarang penganti kepada kedua pemain tersebut. Pihak SKT hanya menyatakan bahawa pengumuman mengenai kontrak pemain lain akan diumumkan dalam masa terdekat kelak.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.