SexyPIG Juarai Kategori Solo Kejohanan G-Star 2017 PUBG Asia Invitational

Hari kedua kejohanan G-Star 2017 PUBG Asia Invitational memperlihatkan berlangsungnya perlawanan bagi kategori solo. Perlawanan kali ini melibatkan 76 orang pemain dari pasukan pasukan serata Asia.

Pemain dari pasukan Anarchy, SexyPIG muncul juara keseluruhan selepas memperoleh 1505 selepas 4 pusingan dipertandingkan. Cold, pemain pasukan Afreeca Bubble pula menjadi naib juara kategori solo dengan mata terkumpul sebanyak 1120. 

Tempat ketiga dimenangi oleh pemain pasukan OMG iaitu m4gololx dengan jumlah mata sebanyak 1075. Berakhirnya kategori solo memperlihatkan hanya sebuah lagi kategori yang akan dipertandingkan iaitu kategori berpasukan. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.