Segalanya Tentang Musim Pertama Liga Overwatch

Liga Overwatch merupakan sebuah liga global esukan pertama yang hadir dengan pasukan pasukan yang mewakili sesebuah bandar utama di seluruh dunia. Bagi musim pertama ini, 12  pasukan telah menyertai francais ini untuk mewakili 11 buah bandar iaitu :

  • London Spitfire  - London, England
  • Boston Uprising - Boston, Massachusetts
  • Dallas Fuel - Dallas, Texas
  • Florida Mayhem - Florida
  • Houston Outlaws - Houston, Texas
  • Los Angeles Valiant - Los Angeles, California
  • New York Excelsior - New York City, New York
  • Philadelphia Fusion - Philadelphia, Pennsylvania
  • Seoul Dynasty - Seoul, South Korea
  • San Francisco Shock - San Francisco -California
  • Shanghai Dragons - Shanghai, China
  • Los Angeles Gladiators - Los Angeles, California  

Pramusim

Musim pertama Liga Overwatch akan bermula dengan pramusim dimana kesemua pasukan akan terlibat dengan perlawanan pameran di Blizzard Arena, Los Angeles pada 6 sehingga 9 Disember. Perlawanan perlawanan ini akan distrim secara langsung untuk tontotan para peminat.

Musim Utama

Liga Overwatch kemudiannya akan dimulakan secara rasmi pada 10 Januari, 2018. Musim pertama ini akan dibahagikan kepada empat tahap, dengan setiap tahap mempunyai 5 minggu kompetitif. Sebelum bermulanya setiap tahap baharu, pasukan diberikan 10 hari untuk berehat. Pada minggu kompetitif, perlawanan akan diadakan pada hari Rabu sehingga Sabtu (waktu tempatan - Los Angeles) di Blizzard Arena, Los Angeles.

  • Tahap 1 : 10 Januari - 10 Februari
  • Tahap 2 : 21 Februari - 24 Mac
  • Tahap 3 : 4 April - 5 Mei
  • Tahap 4 : 16 Mei - 16 Jun

Pada hari Sabtu, minggu terakhir setiap tahap, dua perlawanan gelaran akan diadakan dimana tiga pasukan yang mempunyai mata tertinggi pada tahap tersebut akan berlawan untuk merebut $125,000  bonus prestasi dan gelaran juara tahap tersebut. Walaubagaimanapun, perlawanan gelaran ini tidak akan mempengaruhi rekod penuh musim dan penentuan kedudukan pasukan selepas musim. Pasukan pasukan juga akan menerima bonus pada akhir musim mengikut kedudukan dan rekod penuh musim.

Divisyen & Perlawanan


12 Pasukan di Liga Overwatch ini telah dibahagikan kepada 2 divisyen iait divisyen Pasifk dan divisyen Atlantik.

Divisyen Pasifik:

  • Dallas Fuel
  • Los Angeles Gladiators
  • Los Angeles Valiant
  • San Francisco Shock
  • Seoul Dynasty
  • Shanghai Dragons

Divisyen Atlantik:

  • Boston Uprising
  • Florida Mayhem
  • Houston Outlaws
  • London Spitfire
  • New York Excelsior
  • Philadelphia Fusion

Pada musim utama ini, setiap pasukan akan mempunyai 40 perlawanan dengan 20 daripadanya di divisyen sendiri dan 20 lagi di divisyen silang. Divisyen ini akan mempengaruhi penentuan kedudukan pascamusim, dimana pasukan yang memperoleh kedudukan atas di akhir musim akan melayakkan diri ke pascamusim dan memperoleh bai automatik bagi pusingan kalah mati kejohanan.

Peraturan dan perincian jadual musim utama adalah seperti berikut:

  • Tiga perlawanan akan diadakan setiap hari, dari Rabu sehingga Sabtu setiap minggu.
  • Setiap perlawanan akan melibatkan 4 set peta.
  • Peta peta yang akan digunakan akan diumumkan seelum bermulanya musim.

Walaupun kesemua perlawanan musim pertama Liga Overwatch akan diadakan di Blizard Arena, LA, peraturan home dan away masih akan digunakan. Di masa hadapan, selepas setiap pasukan mempunyai arena atau stadium di bandar mereka sendiri, perlawanan home dan away akan dilakukan di bandar bandar tersebut.

Pascamusim

Selepas tamatnya tahap ke-4 musim utama, 6 pasukan akan meneruskan perjalanan mereka ke kejohanan musim bagi merebut trofi Liga Overwatch. Dua daripada enam pasukan ini akan diisi oleh pendahulu bagi setiap divisyen. Baki empat pasukan akan dipilih berdasaran rekod  penuh musim tanpa mengira divisyen. Pusingan kalah mati ini akan bermula pada 11 Julai sehingga 22 Julai. Dua pasukan terakhir yang kekal akan berlawan pada perlawanan akhir bagi merebut trofi dan USD1 Juta (~RM4.2 Juta) bonus kemenangan. Perlawanan akhir ini akan diadakan pada 26 sehingga 28 Julai.  Lokasi bagi perlawanan pascamusim ini akan diumumkan pada masa hadapan kelak. Akhir sekali, Liga Overwatch akan ditamatkan dengan sebuah minggu All Star yang akan diadakan pada bulan Ogos 2018.

Pembahagian Bonus

Jumlah bonus bagi musim pertama Liga Overwatch adalah sebanyak USD3.5 Juta (~RM14.8 Juta) (Pemain akan  memperoleh sekurangan 50% daripada jumlah bonus ini.). Berikut merupakan perincian tentang pembahagian bonus ini.

Bonus perlawanan gelaran setiap tahap:

  • Pertama: USD $100,000 (~RM423,000)
  • Kedua: USD $25,000 (~RM105,000)
  • Jumlah: USD $500,000 (~RM2.1 Juta) bagi kesemua empat tahap.

Musim utama:

  • Pertama: USD $300,000 (~RM1.2 Juta)
  • Kedua: USD $200,000 (~RM847,000)
  • Ketiga dan Keempat: USD $150,000 (~RM635,000)
  • Kelima dan Keenam: USD $100,000 (~RM423,000)
  • Ketujuh dan Kelapan: USD $75,000 (~RM317,000)
  • Kesembilan dan Kesepuluh: USD $50,000 (~RM211,000)
  • Kesebelas dan Kedua belas: USD $25,000 (~RM105,000)
  • Jumlah: USD $1.3 Juta (~RM5.5 Juta)

Pusingan Kalah Mati Kejohanan:

  • Juara Dunia: USD $1 Juta (~RM4.2 Juta)
  • Naib Juara: USD $400,000 (~RM1.6 Juta)
  • Ketiga dan keempat: USD $100,000 (~RM423,000)
  • Kelima dan Keenam: USD $50,000 (~RM211,000)
  • Jumlah: USD $1.7 Juta (~RM7.2 Juta)


Sumber : Overwatch League

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.