Samsung Galaxy Tewaskan SK Telecom T1 Untuk Juarai Kejohanan Worlds 2017

Samsung Galaxy muncul juara Kejohanan Worlds 2017 selepas menewaskan juara tiga kali, SK Telecom T1 di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Beijing dengan keputusan 3-0.


Ini merupakan kejuaraan kedua buat pasukan Samsung Galaxy selepas menjuarai kejohanan Worlds 2014. Kini, Samsung hanya memerlukan sebuah lagi kejuaraan untuk menyamai rekod kejuaraan milik SKT T1.

Pemain Samsung Galaxy,  Ruler juga telah terpilih sebagai pemain paling bernilai (MVP) perlawanan akhir tersebut selepas mempersembahkan prestasi yang hebat sepanjang perlawanan.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.