Razer Perkenal Naga Trinity - Tetikus Modular Khas Untuk Permainan MOBA/MMO

Razer hari ini memperkenalkan sebuah tetikus khas Razer Naga Trinity untuk permainan bergenre MOBA(Arena Pertempuran Berbilang Pemain Atas Talian) dan permainan MMO(Berbilang Pemain Atas Talian Besar-besaran).

Tetikus ini hadir dengan rekaan modular dimana plat bahagian tepinya boleh ditukarganti dengan plat 2, 7, atau 14 butang konfigurasi. Dengan sehingga 19 butang yang boleh ditetapkan, tetikus ini direka agar pemain boleh mengakses butang atau hotkey dengan pantas. 

Ia dilengkapi dengan sensor optikal Razer 5G 16000 DPI, sehingga 450 inci per saat, butang tetikus mekanikal Razer, 1000 Hz Ultrapolling dan cahaya Razer Chroma™ yang mempunyai sehingga  16.8 juta warna pilihan. Tetikus Naga Trinity ini hanya seberat 120g dengan saiz 119x74x43mm.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.