Pulau Pinang Peruntuk RM1 Juta Kepada E-sukan Dalam Bajet 2018 Negeri Tersebut

Ketua Menteri Pulai Pinang, Lim Guan Eng semalam telah membentangkan Bajet Belanjawan 2018 bagi negeri tersebut. Dengan moto 'Belanjawan marhaen, bajet untuk ramai orang', sejumlah RM1 juta telah diperuntukkan untuk arena esukan negeri tersebut.

Melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang, jumlah tersebut telah diperuntukkan bagi melatih pemain pemain esukan. Pasukan dan pemain di bawah umur 25 tahun akan dibantu untuk berlatih bagi menyertai kejohanan kejohanan esukan.

Beberapa negeri sudah mulai mengiktiraf dan memfokuskan kepada pembangunan esukan terutamanya di negeri Selangor. Kerajaan negeri Selangor sudah beberapa kali terlibat didaam penganjuran kejohanan seperti Selangor Cyber Games. Negeri Terengganu pula sudah mempunyai pemain esukan sendiri dibawah kelab bolasepak Terengganu FA.

Dengan penglibatan negeri negeri ini di dalam arena esukan tempatan, diharap agar perkembangan arena esukan negara dapat dipertingkatkan dengan lebih pantas dan melahirkan lebih ramai pemain pemain esukan berbakat.


Sumber : Free Malaysia Today

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.