Permainan PlayerUnkown's Battlegrounds Terima Tujuh Rekod Dunia Guinness

Permainan paling hangat pada tahun 2017 ini, PlayerUnknown's Battlegrounds telah menerima 7 Rekod Dunia Guinness yang disampaikan kepada pengarah kreatif permainan tersebut, Brendan "PlayerUnknown" Greene di acara Golden Joystick Awards.

Permainan yang masih berada di dalam program akses awal itu telah mencipta perlbagai rekod semenjak program akses awal tersebut dilancarkan pada bulan Mac lalu. Berikut merupakan senarai rekod yang telah diterima oleh permainan sensasi tersebut:

  • Masa terpantas untuk jualan 1 juta unit bagi permainan Akses Awal Steam.
  • Permainan Akses Awal Steam terpantas memperoleh $100 Juta.
  • Permainan pertama memperoleh 2 juta permain serentak di Steam.
  • Permainan paling aktif dimainkan di Steam.
  • Jumlah pemain serentak terbanyak bagi Permainan Akses Awal Steam 
  • Jumlah pemain serentak terbanyak di Steam bagi permainan bukan keluaran Valve.
  • Permainan bukan keluaran Valve terbanyak dimainkan di Steam.

Di acara yang sama juga, PUBG telah menerima anugerah "Permainan PC Terbaik" dan "Permainan Berbilang Pemain Terbaik" daripada Golden Joysticks.

PUBG juga akan tiba secara rasminya untuk akses awal di platform Xbox One pada 12 Disember ini. Bagi versi PC pula, versi rasmi 1.0 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan Disember ini. 


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.