Pemain Kongdoo Reddot, Evermore dan FordMustang Juarai Kategori Duo G-Star 2017 PUBG Asia Invitational

Evermore dan FordMustang, pemain bagi pasukan Kongdoo Reddot, pasukan PlayerUknown's Battlegrounds dari Korea Selatan berjaya menjadi juara kategori duo G-Star 2017 PUBG Asia Invitaional selepas memperoleh 1390 mata.

Duo tersebut mempamerkan prestasi cemerlang dengan memperoleh tempat pertama pada pusingan ketiga dan keempat perlawanan. Tempat kedua pula dimenangi oleh duo dari pasukan Buhidou Gaming, dari Jepun iaitu Kendesu dan Rapiacta dengan mata sebanyak 1175.

Akhir sekali, tempat ketiga kategori duo dimenangi oleh pemain pasukan dari China, OMG iaitu m4gololx dan Ivan dengan 1080 mata. Bagi kategori perseorangan dan berkumpulan pula, ia akan diadakan pada 18 dan 19 November.


Sumber foto : Inven Global

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.