Overwatch Untuk Konsol Xbox One X Akan Menyokong Resolusi 4K

Xbox One X merupakan salah satu konsol generasi baharu yang hadii dengan perkasasan moden menyokong permainan pada resolusi 4K. Menerusi laporan daripada Windows Central, Blizzard telah mengesahkan bahawa permainan Overwatch akan menyokong resolusi 4K dan akan termasuk di dalam permainan senarai permainan  Xbox One X Enhanced.

Blizzard berkata, "Pasukan pembangun  Overwatch teruja dengan kebolehan yang hadir bersama dengan konsol Xbox One X. Mereka sedang meneroka tentang bagaimana  pengalaman bermain pada platform ini boleh ditingkatkan dengan menggunakan kehebatan perkakasan konsol ini dan sedang mengimplementasikan resolusi 4K untuk permainan ini pada konsol Xbox One X."


Sumber : Windows Central

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.