OpTic Gaming Dedah Nama Dan Pemain Pasukan Liga Overwatch Mereka - Houston Outlaws

OpTic Gaming hari ini mendedahkan nama pasukan Overwatch mereka yang akan bertanding pada musim pertama Liga Overwatch iaitu Houston Outlaws. Nama tersebut dipilih bagi memperingati zaman dimana negeri Texas dipenuhi dengan sifat memberontak dan keberanian yang tidak terbatas.

Bagi menghargai sokongan yang diterima oleh OpTic Gaming, warna hijau dan hitam #GreenWall telah dipilih bagi menghiasi logo pasukan Houston Outlaws. Bintang tunggal pada logo melambangkan Lone Star State iaitu Texas dan dua pucuk revolver membentuk  tanduk melambangkan kekuatan dan bandar yang akan diwakili pasukan itu.

Pasukan Houston Outlaws dibarisi oleh 10 orang pemain dari lima buah negara iaitu :

  • Austin "Muma" Wilmot 
  • Matt "Coolmatt" Lorio 
  • Shane "Rawkus" Flaherty
  • Lucas "Mendokusaii" Hakansson 
  • Jiri "LiNkzr" Masalin
  • Daniel "Bonik" Pence
  • Chris "bani" Bennell 
  • Jacob "JAKE" Lyon 
  • Matt "Clockwork" Dias 
  • Alexandre "SPREE" Vanhomwegen 


Sumber : Optic Gaming

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.