Newbee Tewaskan Vici Gaming - Juarai Kejohanan Minor Perfect World Masters

Naib juara The International 2017, Newbee muncul juara kejohanan Minor Perfect World Masters menewaskan pasukan Vici Gaming. Pada perlawanan ahir yang berlangsung di Jing'an Sport Center, Shanghai itu, pasukan Newbee mempamerkan persembahan mantap apabila memenangi ketiga tiga perlawanan yang dimainkan.

Sebagai juara pasukan itu akan membawa pulang hadiah sebanyak $150,000 dan 150 mata kelayakan Dota Pro Circuit. Vici Gaming sebagai naib juara pula menerima hadiah wang sebanyak $60,000 dan 90 mata DPC. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan LGD.Forever Young yang akan membawa pulang hadiah sebanyak $30,000 dan 45 mata DPC.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.