Media Prima Terjun Ke Dunia E-sukan - Tubuh Portal Permainan Dan Umum Kerjasama Dengan Garena

Media Prima - Syarikat media arus perdana terkenal di Malaysia ini nampaknya kekal meneruskan usaha mereka untuk menguasai arena media digital dengan kini menubuhkan sebuah portal web khas untuk permainan dan esukan iaitu MyGameOn.

Portal tersebut dibangunkan dengan sokongan dan kerjasama diantara Media Prima, MDEC dan Garena. Melalui kerjasama dengan Garena ini juga, Media Prima akan membawakan arena esukan kepada penonton media arus perdana dengan menyiarkan acara acara dan perlawanan esukan melalui rangkaian televisyen dan media sosial mereka.

Media Prima dijangka akan mulai menayangkan perlawanan League of Legends, FIFA Online 3, dan Arena of Valor melalui saluran saluran media mereka kelak. 

Perkembangan e-sukan di Malaysia pada tahun 2017 ini boleh dikatakan agak memberangsangkan dengan beberapa pihak seperti AirAsia, Terenganu FA, Kerajaan Pulau Pinang dan kini Media Prima mulai memberikan perhatian kepadanya.


Sumber : Lowyat.net

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.