Lunatic Hai Umum Barisan Pemain Baharu Pasukan Overwatch Mereka

Hampir semua pemain pasukan Overwatch Lunatic Hai telah pun berpindah ke pasukan Seoul Dynasty untuk bermain di Liga Overwatch. Akibat daripada itu, pasukan Lunatic Hai hanya mempunyai pauskan kedua mereka.

Kini, Lunatic Hai telah mengumumkan barisan pemain baharu pasukan Overwatch mereka. Pemain pemain ini telah diambil daripada beberapa pasukan seperti LuxuryWatch Red, Afreeca Freecs dan Rhinos Gaming Titan.

Pasukan ini akan mulai bermain pada liga OGN Overwatch Apex untuk musim kelima tidak lama lagi. Berikut merupakan barisan pemain pasukan Overwatch baharu Lunatic Hai :

  • Lee "Whoru" Seung Joon (DPS)
  • Kim "DoHyeon" Do-hyeon (Flex)
  • Joon-hwan "Guardian" Cho (Tank)
  • Kim "Alarm" Kyeong-bo (Support)
  • Jeong "Nenne" Yeon-Kwan (DPS)
  • Bon "Sowhat" Woo-hyun (Tank)
  • Park "IDK" Ho-Jin (Support)
  • Kim "YARG" Gwan-woo (Flex)


Sumber : Dot Esports

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.