Los Angeles Gladiators - Pasukan Terakhir Di Perkenalkan Untuk Liga Overwatch Musim Pertama

Los Angeles Gladiators menjadi pasukan terakhir diantara 12 pasukan Liga Overwatch diperkenalkan secara rasmi. Pasukan tersebut juga merupakan pasukan kedua bagi bandar Los Angeles bersama sama dengan pasukan Los Angeles Valiant.

Dinamakan bersempena dengan pahlawan Kota Rome di zaman dahulu, pasukan ini membawa bersama mereka logo singa dan perisai yang melambangkan keganasan, kekuatan dan kualiti pasukan tersebut.

Dimiliki oleh Stan dan Josh Kroenke, logo singa pada pasukan tersebut turut sama direka secara pandangan sisi untuk menyamai logo domba pada pasukan LA Rams yang turut sama dimiliki keluarga Kroenke itu.

Warna ungu dan putih yang digunakan pula merujuk kepada warna golongan diraja empayar Roman. Dengan pengumuman ini, kesemua pasukan di Liga Overwatch kini telah diperkenalkan secara rasmi dengan nama dan logo masing masing yang serba baharu.


Sumber : Overwatch League

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.