London Spitfire & Philadelphia Fusion - Dua Pasukan Liga Overwatch Terbaru Diperkenalkan Secara Rasmi

Dua lagi pasukan untuk Liga Overwatch telah diperkenalkan secara rasmi hari ini iaitu London Spitfire dan Philadelphia Fusion. Dibawah Cloud9, London Spitfire menerima namanya bersempena dengan nama kapal terbang ikonik Royal Air Force British pada perang dunia kedua dahulu iaitu  The Supermarine Spitfire. 

Logo pasukan untuk kota London itu juga dihiasi dengan gambar kapal terbang bersesuaian dengan namanya. Warna biru laut dipilih mengikut warna rasmi organisasi Cloud9 manakala warna jingga mewakili Lena “Tracer” Oxton, hero di dalam permainan Overwatch yang mempunyai riwayat sebagai aggota Royal Air Force di dalam permainan itu.

Bagi Philadelphia Fusion pula, nama dan logonya membawa makna halaju, dinamik dan tenaga kreatif yang menjana bahagian berbeza untuk mewujudkan sesuatu yang baru. Warna jingga dan hitam pada logonya pula diambil daripada warna rasmi pasukan Philadelphia Flyers, yang turut sama dimiliki oleh Comcast Spectacor, pemilik pasukan Fusion ini.

Liga Overwatch akan bermula pada hujung Disember ini dengan beberapa perlawanan persembahan sebelum memulakan perlawanan rasmi liga pada awal Januari tahun hadapan.


Sumber : Overwatch League (1) / Overwatch League (2)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.