Korea Selatan Kekal Kejuaraan Piala Dunia Overwatch Bagi Tahun Kedua Berturut-Turut

Pasukan kebangsaan Korea Selatan membuktikan mereka adalah raja permainan Overwatch apabila berjaya menjadi juara kejohanan Piala Dunia Overwatch menewaskan pasukan Kanada.

Ini merupakan kejuaraan kedua pasukan Korea Selatan di dalam Piala Dunia Overwatch bagi tahun kedua berturut turut. Perlawanan akhir tersebut berakhir dengan keputusan 4-1. Pasukan Korea Selatan menunjukkan penguasaan mereka dengan memenangi 3 peta pertama iaitu Oasis, King's Row dan Hanamura.

Pasukan Kanada kemudiannya berjaya mencuri satu kemenangan di peta Junkertown. Korea Selatan kemudiannya mengesahkan kejuaraan kedua mereka dengan memenangi peta Numbani.


Watch OWWC 2017 | Final | CA vs. KR from PlayOverwatch on www.twitch.tv

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.