KongDoo Company Sedang Mencari Pemain Bagi Menubuhkan Pasukan Dota 2

Selepas menubuhkan pasukan PlayerUnknown's Battleground, KongDoo Company nampaknya mahu meluaskan lagi penyertaan mereka di dalam arena esukan dengan mengumumkan pencarian pemain pemain baharu bagi sebuah mewujudkan sebuah pasukan Dota 2

Salah seorang pengurus pasukan KongDoo telah mengeluarkan iklan mencari pemain untuk pasukan Dota  2 mereka. Menurut iklan tersebut, KongDoo akan menyediakan rumah, bilik latihan, peralatan, gaji dan penerjemah bagi mereka yang terpilih. Pasukan itu akan berpengkalan di Seoul, Korea Selatan.

Dota 2 bukanlah sebuah permainan yang popular di Korea Selatan. Ramai pemain di negara tersebut lebih meminati permainan League of Legends. Hanya pasukan MVP.Pheonix berjaya membawa nama sebagai pasukan Dota 2 yang berjaya di Korea Selatan. Namun begitu, pasukan itu kini telah berpindah ke Amerika untuk bermain bagi pasukan Immortals dan hanya pasukan  MVP.Revolution sahaja yang tinggal di Korea Selatan.

Dengan penyertaan salah sebuah organisasi terkenal di Korea Selatan di dalam permainan Dota 2 ini, diharap agar lebih ramai pemain dari Korea Selatan akan mulai mempertimbangkan untuk bermain permainan ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.