Kemaskini Vainglory 2.10 - Tibanya Duyung Magikal, Lorelai

Selepas Churnwalker, Halycon Fold bakal menerima sebuah hero baharu iaitu Lorelai. Selain daripada itu, kemaskini Vainglory 2.10 bakal membawakan beberapa perubahan seperti cara menunjukkan sokongan terhadap pasukan kegemaran anda di arena esukan Vainglory, perubahan minion di Halycon Fold dan penstabilan statistik item dan hero hero.

Lorelai, seperti azalinya, duyung magikal ini hadir dengan abiliti abiliti berasaskan elemen air. Hero terbaru ini memegang posisi sokongan yang hebat dalam mengawal zon pertempuran dan utiliti pasukan. Dibantu oleh rakan rakan lautannya, Lorelai mampu mengawal tempo pertempuran dengan memperlahankan pergerakan lawan dan melindungi rakan sepasukannya.

Selain daripada hero baharu, SEMC turut sama memperkenalkan sebuah kaedah terbaru bagi penyokong menunjukkan sokongan mereka terhadap pasukan kegemaran mereka di dalam arena kompetitif Vainglory. Pemain kini boleh membeli lencana khas pasukan pasukan kegemaran. Lencana ini boleh dibeli tanpa had dan 100% daripada keuntungannya akan disalurkan kepada pasukan dan jumlah hadiah kejohanan. Lencana lencana ini akan luput pada penghujung setiap tahun.

Akhir sekali, kemaskini ini juga akan memperkuatkan lagi minion dimana mereka kini akan memberikan lebih banyak kerosakan kepada menara turet. Hal ini adalah kerana pada kemaskini lalu, hero hero di Halycon Fold telah menerima peningkatan nyawa menyebabkan perlawanan berlangsung lebih lama dari kebiasaannya. Perubahan pada minion ini dilakukan agar dapat mengembalikan semula tempoh perlawanan kepada normal.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.