Jumlah Hadiah Kejohanan Worlds 2017 Telah Melebihi RM19 Juta

Dengan perlawanan akhir Kejohanan Worlds 2017 semakin menghampiri, Riot hari ini telah mendedahkan jumlah hadiah terkumpul semasa yang telah dikutip buat ketika ini.

Jumlah tersebut kini adalah melebihi USD4,596,591 (~RM19,464,264) dengan lebih 50% adalah daripada hasil sumbangan peminat yang telah membeli Championship Ashe dan skin Championship Ward. Jumlah hadiah asa yang telah disediakan oleh Riot adalah sebanyak USD2,250,000 (~RM9,421,762) manakala sumbangan peminat pula adalah sebanyak USD2,235,000 (~RM9,464,107).

Para peminat masih mempunyai  masa sehingga 4 November ini untuk menyumbang kepada jumlah akhir hadiah tersebut. Perlawanan akhir kejohanan Worlds 2017 antara pasukan SK Telecom T1 dan Samsung Galaxy akan diadakan di Stadium Nasional Beijing atau lebih dikenali sebagai stadium sarang burung pada 4 November ini pada pukul 3 petang.


Sumber : LOL Esports

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.